Thursday, August 19, 2010

9 Ramadhan

salam..
alhmdulillah,hari ini hri ke 9 ramadhan,sudah 8 hari berlalu,hari yg sudah berlalu tidak akan kembali,beruntung orang yg mndapt rahmat dripada Allah,dan celakalah orang yg mndapat kemurkaanNya..adakah hari2 yg lepas kita sudah yakin mndapat gnjaran pahala??ataupun sebliknya??semoga hari yg akan datang kita akan buat yg terbaik drpada hari yg sebelum ini..amin..

Ramadhan...
bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.
Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

jom pesta ibadat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...