Sunday, February 6, 2011

Rahsiakan Pertunangan, Hebahkanlah Perkahwinan

Nabi SAW pernah bersabda :
" Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)
Meneliti sabda nabi tersebut mengundang berbagai pertanyaan dari banyak pihak. " Kan benda baik, buat apa nak sorok-sorok " , teringat ungkapan tersebut terluah dari mulut sahabat2 saya ketika kami sedang rancak mendengar berita pertunangan rakan kami. Namun bagi saya pertunangan bukanlah ikatan yang menghalalkan segala-galanya hatta menghebahkan satu dunia pun masih belum layak

kerana apa? kerana pertunangan itu ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan boleh jadi juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Bila ditelusuri hakikatnya, Ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ini dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup ....

boleh faham shbt2ku sekalian?

Jika ada di antara shbt2mu yg telah bertunang dimana beliau tidak memberitakn kpdmu....sila faham dengan sabda Nabi di atas ye...jgn la pula berkecil hati...tp ada juga yg tahu dari mn2 sumber tu.. tak kisahla..bukan empunya diri yang bagitau...klu dah tau tu diam2 la..xperlu la nk heboh2kan kt org lain plak..xperlu la bila nak ckp dgn org tu nk perli2 plak... macam2 ragam manusia kn?

Subahanallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...