Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

salam,
alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas atas muka bumi ini..

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"

Itulah tema sempena perayaan sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah / 2010 Masihi
Esok 26 Februari 2010 merupakan cuti sempena Maulidur Rasul... walaupun esok cuti, namun sy tidak cuti kerana perlu menghadiri Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah sebagai ahli jawatankuasa penghakiman.

Tarikh      : 26 Februari 2010
Masa       :  6.30 - 11.00 am
Tempat    : Masjid  Sundar

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita dapat menghayati dan menghargai pengorbanan Rusulullah tercinta dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

Saya mewakili ajk penghakiman ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua penduduk sekitar Sundar dan kawasan berhampiran untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kecil Sundar. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh Pegawai Tadbir Sundar, En. Ladin bin Atok.
Semua dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...