Friday, November 6, 2009

Akhirnya Aku Posting

Macam yang korang tahu naik bersawang blog aku ni.. Sori lama x update...tekezut dpt surat posting aritu br mula reda..hahaha... atas permintaan kwn2 aku especially kikilala, akhirnya aku ade ambik kesempatana jgk utk update...bc la ye....untuk masa yg terhad ni aku malas la nk taip bnyak2...

4 oktober 2009 :: Ahad::
-dapat surat dr KPM-aku dpt sarawak.. perasaan?? usah ditanya....seyes.. smggu aku xmkn...

26 oktober 2009 :: Isnin ::
orientasi penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sandaran terlatih di Hotel Empress, Sepang.

27 oktober 2009 :: Selasa ::

*bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang.

*bertolak dari KLIA ke Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.

*bertolak dari Lapangan Terbang Kuching ke Santubong Kuching Resort.

27 oktober 2009 - 28 oktober 2009
-Majlis Taklimat Guru Sandaran Siswazah Terlatih di Santubong Kuching Resort.

29 oktober 2009

- Perjalanan ke Lapangan Terbang Kuching.

-Penerbangan dr Kuching ke Miri

-Penerbangan dr Miri ke Lawas ( MASWing)

nota kaki: 1st time nek MASWing-hanya mampu memuatkan 15 penumpang shj.
29 oktober 2009 :: Khamis ::
-tiba di Lapangan terbang Lawas

- disambut oleh PKHEM & PK1 SMK Sundar.

-bertolak ke sekolah untuk lapor diri.

30 oktober 2009 :: Jumaat::

- mula berkhidmat di SMK Sundar, Lawas

********************************************************************************

2 la perjalananku menuju destinasi..huuhu..

aku lum start mengajar lg. skrg mggu orientasi..3mggu...bz ngn program lg...

untuk pengetahuan korg semua, aku duk skali ngn pkhem skolah aku...yuslina yusoff..kak yus. still single n available. org selangor, dh 10 tahun berkhidmat di SMK Sundar.

life kt cni? ok..bestt...seyes..

actually aku skrg di bahgian lawas, lawas merupakan sempadan sabah n brunei. so apalagi, seronok la aku..blh p jln2..huhuhu..

nt aku upload gmbar2 sekolah, tmpt tggl aku skrg ye..sori xde kesempatan buat ms skrg.. esok aku nk p kk...jom jalan2..huhuhu

nota kaki: Lawas bukan merupakan kawasan pedalaman tetapi merupakan pekan. (mcm bandar Qber la jgk kila..huhu..)

Saturday, October 3, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu....

Barakallah Ibu ku tersayang...

Selamat hari lahir mak,

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (An-Naml:19)

Terima kasih mak telah melahirkan, merawat, menjaga, dan mendoakanku senantiasa hingga saat ini, sehingga aku tumbuh menjadi anak yang sentiasa akan menjadi kebanggaanmu, insyaAllah...

Tidak terbayang segala pengorbanan mak kepadaku, tidak kan terbalas dengan apapun jua segala kasih sayang mak kepada ku dan adik beradikku. aku berjanji sentiasa menjadi menjaga hati -mu...insyaAllah Maafkan segala kesalahanku, Ibu..

"....Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa:
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Ahqaaf:15)


'Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman:14)

selamat ulang tahun kelahiran yg ke 57... smg Allah pnjgkn umur mak, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan untuk beribadat kpdNya...amin..
Achik sentiasa doakan kebahagiaan mak didunia dan akhirat...

With love,
Achik


nota kaki: Achik sngt2 sayangkan mak


Friday, October 2, 2009

bantu la kwn kita....

salam...
smlm ada seorg kwn ana dr mesir msg ana

katanya :
ada seorg akhwat kite ade mslh dr segi kwgn.
untuk thun depan ni, die xdpt zakat dan hidupnya susah..
baru2 ni die blk malaysia mengejut sbb mak ayah die sakit.
pastu, family die susah nk bg die blik semula ke mesir
sbb xmampu nk tanggung.
so, nm mintak tolong kalo2 ade family atau sape2 kenalan
yg snggup untuk bantu dalam tempoh setahun

nota kaki: sape2 yg ade kemudahan untuk membantu..sila hubungi saya..terima kasih..
sumbangan anda sngt2 dialukan..syukran jazilan...

Monday, September 28, 2009

Keutamaan Puasa 6 di Bulan Syawal

Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini menjadi dalil puasa enam Syawal adalah sunat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Syawal berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan.Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih lebih baik berturutan seperti puasa Ramadan, tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Cara berpuasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara berselang hari asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan tidak pada pertama Syawal dan masih di dalam bulan Syawal.
Walaubagaimana pun puasa enam adalah lebih baik disegerakan pelaksanaannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]
Kelebihan puasa enam hari pada Syawal, Ia sebagai tanda diterima puasa Ramadan yang kita laksanakan. Ibadah ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan pada Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan, ganjaran berlipat kali ganda, Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan sebagainya..
Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa enam. Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasa radhanya tidak akan terkabul.
Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :
1. Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.
2. Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.
3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.
4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.
Oleh yang demikian marilah kita bersungguh-sungguh berpuasa enam dan merebut peluang yang ada demi mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya.

Fenomena Ketika Memasak ….

Seperti yg dijanjikan…aku nk cerita kisah yg berlaku semasa aku ngn mak aku memasak…time tu aku berdua je kt dapur…aku ingt lg time tu aku tgh hiris timun untuk buat acar…mak aku tgh tggu nasi yg dikukusnya…

Mak aku cakap :

“Achik….
Mok dh xmcm dulu doh…
Dulu blh lg buat keje berat2…
Lening dok orok doh...

Koho sari koho rasa lain…
Xtau la mok dang dok tgk achik berumah tangga...
Xtau la dang dok mok main ngn cucu2...

Mak bimbang ke adik sorg lg tu...
Sorg tu je lg...
Doa2 kn la untuk adik
Mok nk tgk anak mok semua jaye...

Kalu mok xdok tekgi..
Achik ingat la pesan mok ni..
Jangan baloh adik beradik...
Ingat...
Duit boleh cari...
Adik beradik xleh cari..
Mok ade 4 orang je anak..
Achik yg paling bertuah...
Ade sorang abang,
Sorang kakok,
Sorang adik..

Jg la adik sorg tu molek2...
Bg nasihat kt die...
Klu ada masalah bw bincang molek2...
Mok xorok doh chik....”

Aku speechless... mcm2 yg aku fikir time tu...
Air mata aku time 2 laju je kuar…
Aku xtau knp mak ckp mcm tu…
Mak ckp smbil menitiskn air mata…
Semakin laju lg la air mata ni mengalir…

Aku sayangkan mak akuuuuuuuuu !!!!!.....
Aku xnk kehilangan mak aku....
nota kaki:aku sayang umi sangat2!!!

Aidilfitri PART3

Raya ke 3..
Seperti yg dirancang...kami konvoi ramai2 p raya...
Arini open haouse umah sepupu aku...
Fuh...meriah giler..bkn setakat open house..dh mcm kenduri kawen plak..
Open house sempena anak beliau akn fly ke jordan.. study sn..


Mmg meriah…
Apa xnye..
2ekor lembu tumbang…
dgn kambing lg…
Siap ade banner lg…
Cukup meriah..

Next destination…
Beraya umah sedara mara belah mak…
till kul 6.30....
smpat jgk abiskan ziarah sedara mara belah mak...
esok...
seperti yang dirancang...
raya umah sedara mara belah ayah plk....

malam...
p umah kakak...
umh beliau br siap...
br pertama kali beliau beraya kt umah ni...
BBQ...
otw p umah beliau..singgah MYDIN MALL...
huh...crowded giler...sesak!
smpai umah kakak...
mulakan misi..
BBQ time....
Bakar ayam, sosej,dgg burger, ubi kentang...
Keje aku... masak nasi goreng cina...huhuhu...

Dh kul 12++....
Ingt nk tdo umah beliau...

Tp msg2 x bw baju...
Niat terpaksa dibatalkan...
Blk umah...

Aidilfitri PART 2

salam....after some moody 1st day raya...hari nie aku rasa dah gets better....raya kedua, semua dh kumpul…kakak, abg semua dh sampai tengahari…arini buat OPEN HOUSE kat rumah aku...aku ngn mak aku bertungkus lumus menyiapkan hidangan… Nasi dagang…makanan kegemaran kami sekeluarga….hmm ade story disebalik memasak…..i will story that later k ...

selepas penat melayan tetamu yg hadir…aku t’tdo kepenatan…huh..licin nasi dagang yg mak aku buat…yg dtg2 malam tu aku terpaksa masak yg lain…betul2 penat… nak xnak..terpksa gak..setahun skali…

aku sedar something yang akan berlaku setiap kali raya…ade je yg mak aku akan kenalkan dgn sedara mara aku yg sebelum ni aku x knl…kali ni sedara mara belah ayah aku …ntah ape kene mengena aku ngn beliau..rasanya die ngn ayah aku sepupu…jadi die ngn aku apa hubungan erk? Entah…aku kurang mahir…huhuhu..

aktiviti malam plak..aku ngn family duk sembang2... plan xtvt tuk esok…kul 12 semua dh msuk tdo..msg2 kepenatan.

Aidilfitri PART 1

Salam..

ntah nape la...raya nie rasa semacam je... there's some empty space in me...….rasa kosong,tak xcited langsung nak raya....pe benda la yang tak kena ngan aku...malam raya...area rumah aku berdentum-dentum ngan bunyi mercun..riuh satu kampung...tpi aku...blurr je...lps siap msk, kemas umah…termenung dalam rumah...tgk citer,dengar lagu...tu je la...

pagi raya...bkfast dulu (sunat..)....g semayang raya,...pastu blk umah bermaaf-maafan dng mak ayah…...xbest sgt tahun nie sebab x semua balik...x kecoh,x meriah macam biasa...gelak tawa tangis semua ada...tapi x sehebat biasa...x best...abang ngn kakak aku x blk…tahun ni turn beraya umah mertua msg2…tggal aku ngn adik aku je…ni yg membuatkn aku x nk kawin ni…hahaha…klu aku kawen pun nt suami aku mesti kn blk beraya umah aku dulu tiap2 tahun..boleh ke???? Hahaha…xde mood lgsung nk p beraya.. just ziarah family terdekat pe semua(still dapat duit raya walaupon sikit kerana aku belum bekerja..huhuhu)... balik...sampai rumah..ramai sdra mara dtg beraya…layan tetamu…

rasa kosong je raya tahun nie...something wrong with me...i'm missing something...but i dont know what...serius...tak best langsung raya nie..

The emptiness is killing me!!!

Saturday, September 26, 2009

Salam Lebaran


Di kesempatan ini

saya sekeluarga

ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

MAAF ZAHIR & BATIN

kepada muslimin & muslimat

di seluruh malaysia

dan tidak lupa kepada

rakan-rakan

yang mengenali diri ini

akhir kata salah dan silap

mohon diampunkan


Monday, September 14, 2009

25 RAMADHAN????


Alhamdulillah dh masuk hari yg ke 25 umat islam berpuasa…tinggal beberapa hari je lg kita akn smbut aidilfitri…insyaAllah kita sama2 tingkatkan ibadat dari hari ke hari… yang penting istiqamah…insyaAllah…dan sama2 la kita mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh malam terakhir….


Nabi s.a.w bersabda : “ Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan “

Nabi s.a.w bersabda lagi : “ Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir “


Apa istimewanya 25 Ramadhan kepada sy?????


Tercipta satu sejarah...Pada tanggal 25 Ramadhan....maka lahirlah seorang puteri bagi pasangan Hajjah Aminah dan Haji Kasim di dunia...syukur Alhamdulillah...aku dapat mengenal dunia...





SELAMAT MEYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE 25 :P








Sunday, September 13, 2009

Pengakuan Berani Mati

bukan senang untuk membuat pengakuan ini.

tapi. takpe lah.
mengaku je la.

Raja Nurul Ain Raja Mahmood a.k.a ain
rindu ah kat ain.
rindu nak gelak ketawa ngan ain

my x-rumate
i really miss u ..ain.

ain ngn aku dh mcm isi ngn kuku, stokin dgn kasut, aur dgn tebing, adik ngn kakak…apa lagi ???huhuu...klu dh jalan berdua ade yg ingt aku cm adik beradik... yg anggap mcm kembar pn ade..huh sampai begitu sekali...patut la aku ngn ain satu kepala...kami ade keserasiaan...antara kami x pernah ade rahsia...kan ain kn ???
serious kak chik rindukan ain.
i miss the laughter. rindu jugak bila mkn, msk berjemaah…. Berjemaah tu kan lbh afdal...huhuhu...time tido sama2…tutup lampu..tdo… rindunya saat tu…masak sama2...budak ain ni klu nk tau die ni suke usik kak chik...tp best...gelak ketawa sm2...bnyak kenangan bersama... study sm2 ... aku ngn die mcm adik bradik dh...

u have become part of my life
and i feel like something is missing now.
ceh, poyo je ah.

u give colors to my education life. in some part at least.

ain, if you are reading this. diam ah! gi muntah jejauh. HAHAHA…
cayunk ain..MMMMMUUUUAAHHHHHHHHH :P.

Monday, July 13, 2009

so sorry....

Assalamualaikum wrb.....
firstly nk minta maaf bnyak2 coz lama x update blog ni.. sebenor2nya agak kebizian...huhuhu...kalah pm...
serba ringkas buat entry kali ni... lps abisnya exam final year aritu...cuti...maka bila cuti malas nk nk online.. ( ske abiskan ms dgn family...huhu) pas abis cuti start praktikum kt smk seri kampar, perak...(bulan 1 till bulan 4) abis je praktikum, p antr adik msuk matrik plk.... pastu duk umh( rampas kasih syg mak.. yg selama ni adik dpt...hehehe...) beberapa ari duk kt umh... mak sy sakit...so sy terpaksa jg mak sy...selalu berulang alik kt hospital... dimana mak sy di sahkan batu karang dalam kidney.... syukur alhamdulillah sy ade kt umh...ade yg jg mak... memandangkan adik beradik lain tgal di luar kawasan terengganu....pas mak dh sembuh...sy apply guru ganti... alhamdulillah sy dpt mengajar di sek men agama sheikh abdul malek (SHAMS) sementara menunggu konvo 12 ogos ni dan posting....

sebenarnya banyak benda yg nk diceritakn sepanjang tidak berada di blog ni... pe2 pn insyaAllah akan dicerita kemudian....maaf terpaksa beredar dahulu....

wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...