Saturday, August 30, 2008

:: Wacana Perubatan : Al-Quran sebagai Peyembuh ::

Assalamualaikum….
Alhamdulillah…syukur kehadrat Ilahi kerana ana salah seorang yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menghadiri majlis ilmu iaitu satu program yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI yang bertempat di Panggung Budaya UPSI iaitu WACANA PERUBATAN : AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH.

TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Slot 1:
”Penyakit Mengikut Perseptif Al-Quran dan Sunnah”
Oleh Y.Bhg.Ust.Ahmad Dusuki Abd Rani

10.30 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi : Slot 2:

”Gangguan Jin dan Makhlus Halus; Suatu Pendedahan”
Oleh: Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi

12.30 tengahari : Sesi Soal Jawab

1.00 petang : Makan Tengahari + Solat Zohor

2.30 petang : Slot 3:
”Kaedah dan Rawatan Gangguan Jin Dan Makhluk Halus”
Oleh: Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi

4.00 petang :
Penyampaian Cenderahati
Majlis bersurai



Untuk slot pertama yang sepatutnya dikendalikan oleh penceramah Y.Bhg.Ust.Ahmad Dusuki Abd Rani tetapi beliau tidak dapat hadir kerana atas sebab kecemasan dan urusan yang tidak dapat di elakkan, maka untuk slot 1,2.3 di ambik alih oleh Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi. Alhamdulillah..sungguh banyak input yang diperolehi oleh beliau.

Melalui slot pertama beliau telah memberi penerangan tentang kejadian kewujudan makhluk2 halus, tayangan video mengenai susuk, saka dan sebagainya yang bakal ditayangkan di astro yang bertajuk expose tidak lama lagi.

Untuk slot kedua beliau telah memberi penerangan jenis-jenis jin dan beliau juga menyentuh mengenai penyakit histeria dan menunjukkan kepada kami cara perubatannya. Alhamdulillah..sangat berguna ilmu yang diberikan kepada kami bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri malah untuk membantu orang lain. Beliau juga menerangkan kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik yang boleh dilakukan sendiri oleh kita iaitu melalui gejala dan simptom2 kemasukan makhluk halus ini kedalam tubuh kita. Selain itu juga beliau menerangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang mua’lij dan juga memberi tips2 dan ayat-ayat yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita seperti perkara yang perlu dilakukan sebelum tido dan sebagainya...Alhamdulillah, sngat bermanfaat.

Slot ketiga diteruskan lagi selepas makan tengahari dan solat zohor. Beliau meneruskan sesi dengan memberi penerangan tentang kaedah dan rawatan gangguan jin dan makhluk halus ini dan diselangi dengan sesi soal jawab. Dalam slot ini beliau juga menerangkan cara rawatan bagi penyakit sawan. Selepas itu kami secara beramai-ramai melakukan apa yang telah diajarkan dengan ayat-ayat yang telah diberikan oleh beliau. Semua air mineral yang telah dibekalkan oleh peserta diletakkan di atas meja yang berada di atas stage dan sama-sama memulakan bacaan secara beramai-ramai (Air jampi). Alhamdulillah sungguh rasa bertuah pada hari ini. Ilmu yang disampaikan oleh beliau sangat bermanfaat.

Dengan itu, beliau mengijazahkan kepada kami untuk mengamalkan segala doa-doa, zikir dan teknik perubatan yang telah beliau berikan. Jazakallahu khairan Khatira..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu ini boleh la mendapatkan buku beliau yang bertajuk ” PERUBATAN ISLAM Menangkis KEJAHATAN MAKHLUK HALUS ” InsyaAllah banyak ilmu-ilmu yang akan diperolehi melalui buku ini.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...