Saturday, August 30, 2008

::Kelebihan Ramadhan ::


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

:: Wacana Perubatan : Al-Quran sebagai Peyembuh ::

Assalamualaikum….
Alhamdulillah…syukur kehadrat Ilahi kerana ana salah seorang yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menghadiri majlis ilmu iaitu satu program yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI yang bertempat di Panggung Budaya UPSI iaitu WACANA PERUBATAN : AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH.

TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Slot 1:
”Penyakit Mengikut Perseptif Al-Quran dan Sunnah”
Oleh Y.Bhg.Ust.Ahmad Dusuki Abd Rani

10.30 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi : Slot 2:

”Gangguan Jin dan Makhlus Halus; Suatu Pendedahan”
Oleh: Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi

12.30 tengahari : Sesi Soal Jawab

1.00 petang : Makan Tengahari + Solat Zohor

2.30 petang : Slot 3:
”Kaedah dan Rawatan Gangguan Jin Dan Makhluk Halus”
Oleh: Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi

4.00 petang :
Penyampaian Cenderahati
Majlis bersurai



Untuk slot pertama yang sepatutnya dikendalikan oleh penceramah Y.Bhg.Ust.Ahmad Dusuki Abd Rani tetapi beliau tidak dapat hadir kerana atas sebab kecemasan dan urusan yang tidak dapat di elakkan, maka untuk slot 1,2.3 di ambik alih oleh Y.Bhg.Ust. Syarhan Syafie At-Tobibi. Alhamdulillah..sungguh banyak input yang diperolehi oleh beliau.

Melalui slot pertama beliau telah memberi penerangan tentang kejadian kewujudan makhluk2 halus, tayangan video mengenai susuk, saka dan sebagainya yang bakal ditayangkan di astro yang bertajuk expose tidak lama lagi.

Untuk slot kedua beliau telah memberi penerangan jenis-jenis jin dan beliau juga menyentuh mengenai penyakit histeria dan menunjukkan kepada kami cara perubatannya. Alhamdulillah..sangat berguna ilmu yang diberikan kepada kami bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri malah untuk membantu orang lain. Beliau juga menerangkan kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik yang boleh dilakukan sendiri oleh kita iaitu melalui gejala dan simptom2 kemasukan makhluk halus ini kedalam tubuh kita. Selain itu juga beliau menerangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang mua’lij dan juga memberi tips2 dan ayat-ayat yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita seperti perkara yang perlu dilakukan sebelum tido dan sebagainya...Alhamdulillah, sngat bermanfaat.

Slot ketiga diteruskan lagi selepas makan tengahari dan solat zohor. Beliau meneruskan sesi dengan memberi penerangan tentang kaedah dan rawatan gangguan jin dan makhluk halus ini dan diselangi dengan sesi soal jawab. Dalam slot ini beliau juga menerangkan cara rawatan bagi penyakit sawan. Selepas itu kami secara beramai-ramai melakukan apa yang telah diajarkan dengan ayat-ayat yang telah diberikan oleh beliau. Semua air mineral yang telah dibekalkan oleh peserta diletakkan di atas meja yang berada di atas stage dan sama-sama memulakan bacaan secara beramai-ramai (Air jampi). Alhamdulillah sungguh rasa bertuah pada hari ini. Ilmu yang disampaikan oleh beliau sangat bermanfaat.

Dengan itu, beliau mengijazahkan kepada kami untuk mengamalkan segala doa-doa, zikir dan teknik perubatan yang telah beliau berikan. Jazakallahu khairan Khatira..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu ini boleh la mendapatkan buku beliau yang bertajuk ” PERUBATAN ISLAM Menangkis KEJAHATAN MAKHLUK HALUS ” InsyaAllah banyak ilmu-ilmu yang akan diperolehi melalui buku ini.

Wassalam.

Thursday, August 28, 2008

...::Ahlan wasahlan Ya Ramadhan::...



Assalamualaikum...
Ramadhan Ya Marhaban.
Selamat datang Ramadhan
bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.
Sambutlah kedatangannya dengan penuh
kegembiraan dan kesyukuran.
Hiasilah rumah dan bilik anda sebagai
menyambut kedatangan bulan yang mulia ini kerana
sesungguhnya surga itu telah di hias setiap kali datangnya bulan Ramadhan.
Janganlah menunggu nak raya nanti baru anda nak menghias rumah anda.
Semuga kedatangan bulan yang mulia ini akan membawa
harapan kebaikan dan rahmat untuk kita semua. Sama-sama lah kita berpesta ibadah.
Meriahkan Ramadhan yang mulia ini dengan beribadat.
Tingkatkan amal dan mujahadah.
Banyakkanlah berzikir dan membaca Al-Quran.
Muhasabah dan sucikan hati....
sebagai bekalan di masa hadapan...

Tuesday, August 26, 2008

::Tatapan Muslimah ::

Saudariku.....


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;


Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhansudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......


Saudariku.....saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......


Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan danmujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengannafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebihlagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darahmudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...


sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......


Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".


Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmuhendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimuuntuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allahtelah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengansentuhan lembut tangan mu.....


Saudariku...Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...


Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yang hak dan yang batilapabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidakkerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..


Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dankasih pada penciptamu.........


Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membinasahsiah muslimahmu.....


Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampubertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufiiaitu Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :


"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yangabadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itutidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkankebahagiaan dan kenikmatan yang kekalabadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itusendiri.


"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......


"ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

Taken from .syahitsuci blog


Monday, August 25, 2008

++ makan-makan++


Setelah menerima jemputan daripada naimi.
Sy pn bergegas ke rumah beliau..
mulanya beliau ajak g umh beliau disebabkan toblerone
yang beliau belikan untuk sy begitu lama di simpan di rumah beliau..
b4 midsem break lagi..
tp disebabkan beliau br sampai dr kg...
bnyak jgk la yg beliau bwkan dr kg..
beliau bw buah salak dr kebun ayah beliau,
mkn keropok lekor (keropok yg bukan selalu di bawa oleh beliau..huhuhu..), pastu
mkn coklat daim, coklat kisses, cadbulary...
pastu bw blk toblerone yang beliau belikan untuk saya..siap ade nama lagi..hehehe..
thanks naimi...pastu blik umah, masak2...
jap g beliau and ma dtg nk mkn..
Ma bw buah rambutan ngn duku..bnyak...
biarlah gmbr menceritakan segala-galanya... =>
toblerone yang beliau bg(perhatikan nama sy yg tertera di kotak tersebut..huhuhu..)

buah rambutan dan buah duku yg di bw oleh ma

tetamu yang di jemput

lauk yang xseberapa yg dihidangkan utk tetamu

beliau2 begitu selera dengan hidangan yg disediakan..huhuhu

selepas...????

:: midsem break::




Midsem break from 16 till 24 August..
Emm just a week…
I just spend my holiday stay at home..
With my family, attending cousin’s weeding, cooking, sleeping, dreaming, chatting…hihihi..agak sedih coz xleh g langkawi seperti ape yg dirancang atas sebab2 tertentu…

16/8/08
- sampai umh around 6 am
- mariam nabila’s besday today
- sleeping (ptg br bgn..huhuhu)
- cousin’s wedding .. slmt pengantin baru buat sepupu ku yang seusia dgn ku, siti hajar dan suaminya Asrol…sori x dpt dtg..agak kepenatan duk dlm bus selama berjam-jam.
- Alhamdulillah dpt solat berjemaah..Nisfu Syaaban..

17/8/08

- as usual - eating,sleeping, chatting,dreaming..huhuhu
- tgk tv ngn family

18/8/08

- visit a new house kakak
- jln2 di bandaraya kuala terengganu


19/08/08

- just stay at home sepanjang hari-xde mood nk kuar
- cooking
- sleeping
- watching the movie
- chatting with mum,kakak and adik

20/8/08

- g pntai Batu Buruk
- jumpa kawan lama-sembang2 ngn beliau…

21/08/08

- shopping kt bandaraya kuala terengganu
- went pasar mlm

22/08/08

- Majlis Doa Selamat at Mak Teh’s house
- Abang call- sembang agak lama ngn abg…

23/08/08

- abang smpai kt umah around 6pm from Johor
- kenduri kendara…arini ade 3 jemputan kawin…
- selamat pengatin baru buat Abg Eddy, Abg Jay, Fahimi, dan Nora – semua ni spupu spapah sy...


2 pasangan pengantin (Abg Jay & isteri dengan Abg Eddy & isteri)


2 beradik (adik (jay) & abang(eddy))

pengantin perempuan (normala & farahiyah)


24/08/08

- celebrate my niece's besday..mariam nabila…
- abang bertolak dr terengganu around 3.30pm
- mlm ni sy blk UPSI...

Friday, August 15, 2008

::++ 2 hours more ++::

salam...
sy sdg menunggu ketibaan waktu..hehe..
2 jam lg sy akan bertolak dari tg malim ke kuala terengganu..
sngt ketidaksabaran..huhuhu..
insyaAllah pg esok sy akn smpai ke kuala terengganu..
doakan sy slmt smpai ye..
sy tak sbr nk menatap wajah org2 yg sngt sy rindu..
anyway..epi holiday buat yg blk kg tu..
and kpd sesiapa yg stay kt kolej, slmt menjaga kolej..hehe..
k..have a nice holiday :)
wassalam...

Wednesday, August 13, 2008

~Attention!~

salam,
hehe..saje buat gimik sket..
sebenarnya sy nk bgtau yang sy akan pulang ke kampung pada malam esok..
doakan sy slmt smpai ye..midsem break..yahuu..xsbr nk blk kg..rindu sngt2..
kepada para graduan untuk sesi ke-2 dan seterusnya..selamat berkonvo and congratulation..insyaAllah thn depan time sy plk =)
xlupa juga sy nk ucapan selamat pengatin baru buat pensyarah sy, cik aslina saad yang bakal di ijab kabulkan pada 18/08/08 ini di pahang..mabruk..maaf cik sy xdpt dtg..
Anyway, slmt pengantin baru, smg Allah memberkati cik dan bakal suami..dan smg berbahgia hingga ke akhir hayat..amin...

::..Jika engkau sedar akan MATI ..::

jika engkau sedar akan mati...engkau akan bersedia hidup untuknya...

jika engkau tahu negeri abadi itu...nescaya engkau akan berusaha di dunia ini...di sana engkau akan makan hasilnya...

jika engkau tahu apakah syurga neraka tempatmu...nescaya akan tiada masa untuk ketawa...nescaya engkau akan bermandi dengan air mata...

jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba...mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi...nescaya urusan Tuhanmu tiada penagguhannya..
.
jika engkau kenal dirimu sendiri...tidak akan sempat engkau melihat kesalahan orang lain...betapa pula untuk menceritakannya...

jika engkau tahu tiap2 haram itu neraka padahnya...yang halal itu akan diperiksa...nescaya engkau akan berzuhud di dunia ini...

jika engkau tahu penderitaan di akhirat ...nescaya penderitaan di dunia ini tidak akan menyusahkan engkau...

jika engkau tahu betapa nikmat syurga itu...nescaya engkau tidak akan terpesona dengan melihat dunia...

SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI...



Saturday, August 9, 2008

::++Kasih Sayang Cara Islam++::

Kasih sayang mempunyai erti begitu tinggi nilainya sehinggakan manusia sanggup bertindak liar kerana tidak mampu mengawal perasaan. Kasih yang mengikut perasaan boleh menyimpang daripada kehendak Tuhan.

Oleh itu, kasih sayang tanpa kawalan dan berbelah bagi tidak direstui dan diredai Allah.

Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan.

Sesungguhnya kerja syaitan adalah memesong dan menyesatkan. Akibatnya jika tidak dijaga, tidak akan wujud kasih sayang dan takwa.

Tiga perkara penting dalam perjuangan kehendak manusia iaitu harta, takhta dan wanita.

Jika tidak dikawal tanpa berlandaskan garis panduan Allah yang Maha Esa, akan membawa padah yang boleh memesongkan iman manusia.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.”
- (Surah al-Munafiqin, ayat 9)

Sesiapa yang terpesong akibat berebut harta, takhta dan wanita akan melupai nilai sebenar kasih sayang dan takwa.

Mereka hanya mampu berkasih sayang di kalangan sebaya, sedangkan menyemat kebencian dan bermusuhan pula dengan lawan mereka. Rapat sesama sebulu hanya kasih mengikut nafsu. Kasih sayang dan bertakwa hanyalah kerana Allah. Fahaman walaupun tidak sama tetapi Islam menggalakkan hidup berbaik dan menjauhi sebarang masalah.

Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
- (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pada hari ini, ada umat Islam tenggelam dalam laungan ombak perjuangan, tetapi pada masa sama lupa menyemat nilai berkasih sayang mengikut landasan Islam.

Demi kerana berlainan fahaman ideologi dan pendekatan politik, mereka sanggup bertindak secara fanatik. Memaki hamun sesama seagama !

Yang nyata, manusia tidak akan sefahaman sampai bila-bila, tetapi mengapa asas persaudaraan Islam pula dicabul dan dinodai.

Fahaman berbeza sepatutnya tidak menggugat hubungan bersaudara. Di manakah letaknya nilai agama?

Hidup berprinsipkan kebencian sesama saudara semakin menular dalam umat Islam hari ini tanpa takutkan dosa.

Memaki hamun, menghentam dan berdendam sesama sahabat, tidak dihiraukan lagi. Janganlah kerana hendak mengejar harta, takhta dan wanita, umat Islam sanggup memutuskan kasih sayang sesama saudara.

Umat Islam perlu sedar, perkara ini berlaku dalam masyarakat hari ini, yang mana sifat kebencian, kecam-mengecam dan dendam-mendendam adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa ini.

Perlu diingat, kebencian bukan tiket ke syurga. Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu.”
Mengapakah pula salam pun sukar disambut, sedangkan sifat Muslim adalah lemah lembut.

Jika mahu meningkatkan nilai penghayatan Islam, setiap orang Islam mesti mengakui semua orang Islam adalah saudaranya tanpa dibataskan dengan anutan parti dan perbezaan fahaman.

Allah mengiktiraf isyarat bahawa salam itu tanda seseorang Islam. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan seorang mukmin (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak...” - (Surah an-Nisa, ayat 94)
Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: “Orang Islam bersaudara sesama Islam. Tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini, kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali.”

Cukup banyak kejahatan seseorang itu apabila dia merendah-rendahkan saudaranya sesama Islam.
(Kitab Matnul Arbainan Nawawiyah)

..: Happy ! :..

salam,

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi masih dipanjangkan umur sehingga detik ini.. Alhamdulillah masih dikurniakan dua nikmat yang maha besar yakni iman dan islam..yang mana bila xde kedua-dua nikmat ini entah la ape yang terjadi pada kita...
Hari ni hari ahad, 10 August 2008 bersamaan 9 Syaaban 1429 H,
ari ni juga saya diberi nikmat kegembiraan...Alhamdulillah...sy telah lulus dalam satu ujian.
ye hanya ujian di dunia semata-mata.akhirat belum tentu..
ape yang di kurniaan kepada sy ini juga adalah datang drpd Allah..
Alhamdulillah sy amat bersyukur..
smg diri ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya..amin.

Friday, August 8, 2008

~my weekend~

Tomorrow is saturday..
this weekend, i'm not join any programme..
but i'm stay bz for this weekend..bz bebenor..
Perlu menyiapkan lesson plan..the whole lesson plan..
INDUCTION SET (yang memerlukan kepeningan dan kekretifan), CONTENT, and CLOSURE
for subject microteaching IT (MTP2033).

Two of four assignment for minor subject must finished before midsem break..huhuhu..just tinggal 1 minggu lg..

Dua midterm yg sedang menunggu juga before midsem break :
* Population (PEA 3063) on this monday, August 12, 2008
* Monetary (PEA4023)on this tuesday, August 13, 2008

so, sngt terasa bahang kesibukan yang bakal melanda...
perlukan ketabahan dan kesabaran yg tinggi..

Thursday, August 7, 2008

:: Nantikan ku di batas waktu ::

..: Keistimewaan Wanita :..

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis :

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana- mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


wallahu a'lam...

:: Bersahabat dalam Islam ::


Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

  • Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
  • Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
  • Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat.

Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Assalamualaikum..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat dan para sahabat baginda. Syukur alhamdulillah dengan keizinanNya saya diberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini dengan nikmat kesihatan yang baik dan rasa kasih yang mendalam terhadapnya.

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencipta blog lagi..(tak de keje, cari keje..hehe..) harap-harap terjaga, insyaAllah.

Eventhough i will start blogging now :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...