Friday, January 7, 2011

Panduan memasuki rumah Baru

Ramai orang bertanya apakah yang harus dilakukan ketika memasuki rumah baru. Samaada beliau adalah pemilik pertama atau dibeli oleh orang lain. Di sini PS akan memberikan panduan yang mudah-mudahan akan memberikan manfaat buat semua Insya Allah.
Diantara perkara yang harus dilakukan apabila seseorang memasuki rumah baru:
Membaca surah Baqarah :

Fadhilatnya : FADHILATNYA

Di antara fadilat surah al-Baqarah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir :

1. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Surah al-Baqarah sebagai bonggol al-Quran (puncak seperti di belakang unta yang paling tinggi). (Riwayat Imam Ahmad seperti lafaz ini juga daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi).
2. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).
3. Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.
4. Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.
5. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. pernah menghantar pasukan dan dilantik orang yang paling muda menjadi ketua disebabkan beliau menghafaz surah al-Baqarah. (Riwayat Tirmizi, an-Nasai' dan Ibnu Majah).
6. Daripada Asyad bin Khudair katanya, ketika beliau sedang membaca al-Baqarah pada suatu malam, tiba -tiba kudanya yang ditambat melompat-lompat, lantas dia berhenti dan kudanya pun berhenti, sebaliknya apabila dibaca kudanya terus melompat. Kemudian dia melihat ke langit seperti gugusan cahaya lampu. Keesokan pagi dilaporkannya kepada Rasulullah s.a.w., dia ditanya, Adakah kamu tahu itu semua?'' Jawabnya, ``Tidak'' Sabda Rasulullah s.a.w. ``Itulah malaikat yang turun mendengar suaramu, sekiranya kamu membacanya sampai pagi nescaya orang ramai dapat melihat cahaya tersebut. (Riwayat Bukhari).
7. Daripada Buraidah katanya, Aku duduk di sisi Nabi s.a.w. dan mendengar baginda bersabda, Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat dan meninggalkannya adalah kerugian dan lemah dikuasai oleh tukang sihir atau syaitan. (Riwayat Imam Ahmad)
Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis berhubung kelebihan surah al- Baqarah. Tetapi yang lebih penting adalah amalan bacaan, bukan semata-mata maklumat.
2.Melaungkan Azan:



8- daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة أحال له ضراط حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس فإذا سمع الإقامة ذهب حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس.

Ertinya :” sesungguhnya syaitan apabila dia mendengar azan, ia akan lari jauh dan ada baginya ketentuan sehingga dia tidak mendengar lagi azan itu, apabila selesai azan, maka dia akan kembali dan mewas-waskan ( manusia , dan apabila da mendengari iqamah, dia akan lari sehingga dia tidak mendengar iqamah, dan apabila selesai iqamah, dia akan kembali untuk mewas-waskan ( manusia ),(riwayat iman Muslim
Hukum mengadakan jamuan sempena rumah baru :

Jawab : Syaikh Al-Fauzan ditanya mengenai masalah ini, maka beliau menjawab, “Tidak mengapa mengadakan pesta (undangan makan) ketika pindah ke rumah baru, dengan mengundang teman-teman dan karib kerabat, jika dia mengerjakannya semata-mata untuk mengungkapkan kesenangan dan kegembiraannya. Adapun jika acara itu disertai dengan keyakinan bahwa acara itu akan mencegah kemurkaan jin, maka mengerjakan amalan ini tidak boleh, karena itu adalah kesyirikan dan keyakinan yang rusak. Adapun jika dikerjakan karena adat, maka tidak masalah.”[Dinukil dari Al-Muntaqa jilid 5 no. 444]

Dan Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya dengan teks soal sebagai berikut: Telah membudaya di tengah-tengah manusia, bahwa siapa saja yang pindah ke rumah baru atau membeli rumah baru atau dia mendapat pekerjaan atau dia naik jabatan atau yang semisalnya, maka dia mengadakan semacam acara makan-makan. Apa hukum amalan ini?

Beliau menjawab, “Ini termasuk dari pesta-pesta yang mubah, maka boleh bagi seseorang untuk mengadakan acara ketika dia pindah ke rumah baru atau ketika dia

lulus -misalnya-. Yang jelas, jika pestanya diadakan karena adanya moment tertentu, maka tidak ada masalah.”


taken by: www.perjalansuci.com

::RUmAh bArU::

salam...

alhamdulillah sudah 3 malam bermalam di rumah baru...
ye... saya berpindh rumah..
kenapa?
biarlah rahsia..
huhuhu..
alhamdulillah dpt menjalani kehidupan yg lebih menyeronokkan dirumah baru..
baru dapat rasa nikmah kekeluargaan bersama2 ain dan anem :-)
xsempat nk update blog krn terlalu bz angkut barang pada setiap petang selama 2 hari di samping tugas2 harian disekolah yg sngt2 bnyak...
biasala kn...skolah baru buka..
byk la keje yg nk kena buat..
lg2 guru tingkatan satu..
byk benda la nk uruskan budak baru ni kan...

berbalik kpd cerita rumah baru...
walaupun umah skrg sedikit kecil berbanding umah dalu..
tp alhamdulillah sngt2 selesa dan bersih...
i likeee....
xguna klu umah besar tp xbersih kn?
biar kecil asal bersih, selesa dan tenang...
alhamdulillah...

dh gtau kt mak..
mak sngt2 restu ku berpindah...
alhamdulillah..
pas ni br leh bawa keluarga datang kesini...
xde rasa segan lg... ;-)
alhamdulillah..
smua kemudahan disini disediakan..
tv, mesin basuh, peti sejuk, katil dll...
boleh la sy msk slalu..
xperlu naik turun tngga la berbnding dulu...
xperlu memerap lam bilik lg berbnding dulu..
xde lg istilah menyampah...
huhuhu...

neway...
setinggi2 kesyukuran ku pnjatkn kpd Allah swt atas pemberian nikmat ni..
smg Allah mengekalkn ukhwah di antara kami smua...
dan semoga Allah memberkati kita smua..
amin...

::~ukhwah fillah abadan abada~ ::

Tuesday, January 4, 2011

Kembali BERNYAWA :-)

salam...
setelah koma bukan setakat sehari dua malah berbulan2..kini blog aku kmbali bernafas...alhamdulillah..

pejam celik pejam celik dh masuk tahun baru...
maka bertambahlah juga usiaku dan juga usia makhluk2 yg lain...
aku rasa belum terlambat aku nk ucapkan selamat tahun baru masihi...
bgi aku smbut tahun masihi xbermakna sbb dh smbut tahun hijriah iaitu pada 1 muharam bersama family dikg..dan disitulah bermulanya azam tahun baruku...

alhamdulillah masih diberi 2 nikmat yg besar iaitu iman dan islam...
dimana jika tiada kedua2 maka xtau la apa yg terjadi pd diri kita...

arini dh masuk ari ke-2 disekolah..
alhamdulillah masih diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan demi mendidik ank bgsa...
demi agama. bgsa & negara...disamping tugas2 yg memeningkan...
namun tiada sabarang keluhan yg perlu dikeluarkan jika mengharapan pembalasan dariNya...
smuanya dimulakan dgn NIAT...
alhamdulillah...

Tugas dan Tanggungjawab Guru Sesi 2011:
1. Guru Tingkatan 1Cekap
2. Guru Pusat Akses & Makml Komputer
3. Guru Biasiswa & Bantuan
4. Guru Penasihat Persatuan Puteri Islam
5. Guru Penasihat Bola Jaring
6.Ketua Guru Rumah Niah
7. Juru Audit DaLAMAN Koperasi Sekolah

semoga segala amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dgn penuh jujur, amanah dan istiqamah..
insyaAllah...amin..

semoga tahun 1432 Hijrah ini membuka satu lembaran baru dan mematangkan diri ini..
semoga apa yg dirancang & segala urusan dipermudahkan olehNYA...amin..

wamakaru...wamakarallah...wallahukhoiro maakiriin...



wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...