Saturday, November 12, 2011

syukran ya zauji

assalamualaikum wbt...
sudah lama rasanya tidak mencoretkan kata2 dlm blog ini...
kekangan masa itu je alasan yg dpt diberi..
kadang2 perasaan malas untuk berkongsi cerita juga timbul..
namun segala penulisan aku disini sebenarnya penting bg aku kpd org tertentu...

Baiklah..
ini cerita pada khamis lalu (10/11/2011)
dimana keputusan permohonan dikeluaran...
mlm tu aku xdpt tdo..
hati berdebar2..
sblm ni dh jnji dgn suami die yg akn check dulu status permohonan aku..
tp disebabkan ketidaksabaran utk tahu..
aku ingkar dgn janji itu...
setiap saat aku buka website tersebut
sebelum g keje en suami dh buka tp status permohonan belum dikeluarkn...
betul..
aku sndri pn check before jam 7am..
xde pe2 perkembangan...
after jam 7 aku check lg..
keputusan dh kuar...
resultnya:
iye..amat mengecewakan...
aku dh hampir putus asa..
ini bukan permohonan kali pertama aku..
ini permohonan yg kali ke 4 dh..
rezeki masih belum berpihak kpdku...
iye..
everything happen for  good reason..
itu je yg dpt menyedapkan hati aku...

disaat aku memberitahu keputusan itu kpd suamiku dgn suara yg menghampakan..
suamiku menenangkn ku..
disaat aku hampir putus asa..
dia mengembalikan semangatku..
klu ikutkan hati aku dh mls nk memohon rayuan..
namun atas kesungguhan dan semangat suami..
ia memberikan kesan kpdku..
alhamdulillah..
dia telah menguruskan permohonan rayuan aku...
terima kasih abg..
kerana sanggup bersusah payah mengorbankan masa dan tenaga demi isterimu ini..
terima kasih atas segala2nya...
suamiku telah berusaha memohon rayuan..
sanggup ke putrajaya semata2 mengharapkan aku dpt disisinya..
itulah suamiku...
yg tidak pernah mengenal erti putus asa..
tidak sepertiku...
yg cepat berputus asa..patah semangat...
terima kasih abg..atas segla pengorbanan abg terhadap syg...
kau teristimewa bagiku..
klu yg terbaik bgku...
smg sbg sntiasa dalam nauganNya..
ameen..
Barakallah....

Wednesday, August 10, 2011

RINDU

R.I.N.D.U

Hanya perkatan itu mampu mengambarkan perasaan aku skrg...
Rindu pd Suami tercinta.
Smkin dekat nk balk perasaan tu smkn membuak2 dtg..

Mmg xdinafikan aku sunyi tanpa beliau..
Aku rindu senyumannya.
Aku rindu ciumannya.
Aku rindu pelukannya.
Aku rindu belaiannya.
Aku rindu kasih sayangnya.
Aku rindu segala2nya darinya.

Ye..aku akui aku sngt2 merinduinya..
Smpai kuar air mata..
Betapa rindunya Suami tercinta.

Hnya gambar peneman aku tdo.
Hnya mesej & panggilan mendodoikn aku tdo.

Aku rindu nk tdo atas lengan beliau.
Aku rindu nk bc doa tdo sm2.

Aku dh xsanggup duk berjauhan drnya.seksa!
Mesej &call xcukup bg aku.
Aku xleh nk manja2 dgn beliau by phone.

Wpun setiap saat ku menerima report drnya.
Die xpernah lupa aku.
Nk g keje,
Nk balik keje,
Nk singgah mn2,
Pasti die bgtau aku..

Aku xsuke duk jauh2 dgn beliau..
Time dkt pn die ssh nk berenggang dgn aku,
Apatah lg berbulan2 berjauhan.

Tp aku kn ingat pesannya..
Aku kn kuat.
Kuat krnnya.
Die xnk aku slalu sedih2..
Sbb die turut sedih bila aku sedih..
Die xnk aku sllu nangis2.

Die fhm mcmane perasaan aku..
Ape yg aku rasa sama spt die rasa.

abg...
Syg rindu abg sgt2
Syg syg abg...

Saturday, July 2, 2011

::Jun Bulan Kami ::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Kerinduan menerpa setelah sekian lama terlupa akan dunia penulisan sehingga diri ini terlupa akn kata laluan blog sendiri.. Terlalu lama blog ini sunyi tanpa sebarang bicara.. Meniti kehidupan yang kini berbeza dengan ditemani yang telah diamanahkn oleh Allah utk menjaga dan mempimpin diri ini..
Alhamdulillah wasyukurillah atas kesempatan masa ini untuk saya kembali mencoretkan bait kata... InsyaAllah, andai masih di kurniakan nyawa, saya akan sentiasa menulis walaupun batas masa terlalu terhad..

Penyatuan Dua Hati Di Surau Budiman
Alhamdulillah tanggal 4 jun 2011 telah berlangsung majlis walimah kami. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah saya sah isteri kepadanya..Che Wan Hishamuddin adalah suami saya yang sah...Ramai sahabat-sahabat saya dan suami yang hadir.. Meskipun emosi dan fizikal kurang stabil, alhamdulillah, masih juga mampu tersenyum, istimewanya untuk suami..


Kehadiran mak abah, nenek, pakcik makcik dan sepupu-sepupu menggembirakan hati saya.. Walaupun sedih dengan keadaan mak yang tidak begitu sihat, tetapi berusaha juga membuat persiapan untuk majlis ini, sangat mengharukan hati saya.. Hati anak mana yang tidak sedih, dari kecil hingga besar, saya tak serik-serik menyusahkan kedua ibu bapa saya.. Biarpun di katakan manja, tapi biarlah saya terus bermanja.. Tiada gantinya seorang ibu dan ayah dalam hayat hidup ini.. Semoga Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat buat mak & abah!! =)

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.. Smg Allah memberkati majlis kami...amin.. 
Suami Tercinta.. 

Ibaratnya seperti belangkas.. Kesana sini ingin saja berdua.. hanya beberapa hari saja dpt merasai saat ini. Tugas dan tanggungjawab memisahkan kami seketika. Namun teknologi tidak pernah merasakn kami berjauhan. Merasai manisnya berdating bersama kekasih halal..itulah saat yang indah yang kami rasai. Alhamdulillah sempat berbulan madu di Nexus Resort, Karambunai, Sabah. Hampir setiap pagi saya menatap senyuman sang suami.. Itulah ketenangan hati saya.. Gurauan pagi membuat hari bertambah ceria.. Hati berbunga kerana di lamun cinta dengan hambaNya yang mencintaiNya.. Mudah saja air mata ini mengalir laju tatkala melihat wajah suami yang tertidur keletihan.. Tenang.. Suami melayan karenah saya yang cukup memeningkan kepala dengan tenang dan gurauan..

Tanggal 14 jun tepat jam 12mlm..diriku yang indah dibuai minpi dikejutkan dengan bisikan suami...
“Selamat Hari Lahir Sayang”....
diriku terkebil2 membuka mata lantas membalas senyuman suamiku yang mendamakan jiwa ini..
“Terima Kasih abg”...
Sambil dirinya mengusap rambutku...” Abg doakn sayang pnjg umur, dimurahkan rezeki, menjadi isteri yang solehah dan sentiasa dalam rahmatNya..
Satu ciuman melekat didahiku...
“Abg sayang sayang”...
“Terima kasih abg...syg pn sayang sgt2 kt abg”...


Alhamdulillah diberi kesempatan pd pagi 14 jun untuk kami sama2 meraikannya..
Terima kasih abg, belanja sayang  kek kt secret recipe dan terima kasih byk2 atas cincin besday itu..=)

Terima kasih atas segala2nya wahai suamiku tercinta..
kau adalah yang terbaik untukku..
semoga rumahtangga yang kita bina ini sentiasa dalam mawadah wa rahmah..
amin...
"Ya Allah Engkau rahmatilah & bahagiakanlah rumahtangga kami" 
02 Jun - Besday Habibi
04 Jun - Ijab Kabul
05 Jun - Majlis Kesyukuran & Sambut Menantu
12 Jun - Honeymoon
14 Jun - My Birthday


Sunday, February 6, 2011

Rahsiakan Pertunangan, Hebahkanlah Perkahwinan

Nabi SAW pernah bersabda :
" Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)
Meneliti sabda nabi tersebut mengundang berbagai pertanyaan dari banyak pihak. " Kan benda baik, buat apa nak sorok-sorok " , teringat ungkapan tersebut terluah dari mulut sahabat2 saya ketika kami sedang rancak mendengar berita pertunangan rakan kami. Namun bagi saya pertunangan bukanlah ikatan yang menghalalkan segala-galanya hatta menghebahkan satu dunia pun masih belum layak

kerana apa? kerana pertunangan itu ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan boleh jadi juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Bila ditelusuri hakikatnya, Ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ini dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup ....

boleh faham shbt2ku sekalian?

Jika ada di antara shbt2mu yg telah bertunang dimana beliau tidak memberitakn kpdmu....sila faham dengan sabda Nabi di atas ye...jgn la pula berkecil hati...tp ada juga yg tahu dari mn2 sumber tu.. tak kisahla..bukan empunya diri yang bagitau...klu dah tau tu diam2 la..xperlu la nk heboh2kan kt org lain plak..xperlu la bila nak ckp dgn org tu nk perli2 plak... macam2 ragam manusia kn?

Subahanallah....

Friday, January 7, 2011

Panduan memasuki rumah Baru

Ramai orang bertanya apakah yang harus dilakukan ketika memasuki rumah baru. Samaada beliau adalah pemilik pertama atau dibeli oleh orang lain. Di sini PS akan memberikan panduan yang mudah-mudahan akan memberikan manfaat buat semua Insya Allah.
Diantara perkara yang harus dilakukan apabila seseorang memasuki rumah baru:
Membaca surah Baqarah :

Fadhilatnya : FADHILATNYA

Di antara fadilat surah al-Baqarah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir :

1. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Surah al-Baqarah sebagai bonggol al-Quran (puncak seperti di belakang unta yang paling tinggi). (Riwayat Imam Ahmad seperti lafaz ini juga daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi).
2. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).
3. Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.
4. Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.
5. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. pernah menghantar pasukan dan dilantik orang yang paling muda menjadi ketua disebabkan beliau menghafaz surah al-Baqarah. (Riwayat Tirmizi, an-Nasai' dan Ibnu Majah).
6. Daripada Asyad bin Khudair katanya, ketika beliau sedang membaca al-Baqarah pada suatu malam, tiba -tiba kudanya yang ditambat melompat-lompat, lantas dia berhenti dan kudanya pun berhenti, sebaliknya apabila dibaca kudanya terus melompat. Kemudian dia melihat ke langit seperti gugusan cahaya lampu. Keesokan pagi dilaporkannya kepada Rasulullah s.a.w., dia ditanya, Adakah kamu tahu itu semua?'' Jawabnya, ``Tidak'' Sabda Rasulullah s.a.w. ``Itulah malaikat yang turun mendengar suaramu, sekiranya kamu membacanya sampai pagi nescaya orang ramai dapat melihat cahaya tersebut. (Riwayat Bukhari).
7. Daripada Buraidah katanya, Aku duduk di sisi Nabi s.a.w. dan mendengar baginda bersabda, Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat dan meninggalkannya adalah kerugian dan lemah dikuasai oleh tukang sihir atau syaitan. (Riwayat Imam Ahmad)
Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis berhubung kelebihan surah al- Baqarah. Tetapi yang lebih penting adalah amalan bacaan, bukan semata-mata maklumat.
2.Melaungkan Azan:



8- daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة أحال له ضراط حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس فإذا سمع الإقامة ذهب حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس.

Ertinya :” sesungguhnya syaitan apabila dia mendengar azan, ia akan lari jauh dan ada baginya ketentuan sehingga dia tidak mendengar lagi azan itu, apabila selesai azan, maka dia akan kembali dan mewas-waskan ( manusia , dan apabila da mendengari iqamah, dia akan lari sehingga dia tidak mendengar iqamah, dan apabila selesai iqamah, dia akan kembali untuk mewas-waskan ( manusia ),(riwayat iman Muslim
Hukum mengadakan jamuan sempena rumah baru :

Jawab : Syaikh Al-Fauzan ditanya mengenai masalah ini, maka beliau menjawab, “Tidak mengapa mengadakan pesta (undangan makan) ketika pindah ke rumah baru, dengan mengundang teman-teman dan karib kerabat, jika dia mengerjakannya semata-mata untuk mengungkapkan kesenangan dan kegembiraannya. Adapun jika acara itu disertai dengan keyakinan bahwa acara itu akan mencegah kemurkaan jin, maka mengerjakan amalan ini tidak boleh, karena itu adalah kesyirikan dan keyakinan yang rusak. Adapun jika dikerjakan karena adat, maka tidak masalah.”[Dinukil dari Al-Muntaqa jilid 5 no. 444]

Dan Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya dengan teks soal sebagai berikut: Telah membudaya di tengah-tengah manusia, bahwa siapa saja yang pindah ke rumah baru atau membeli rumah baru atau dia mendapat pekerjaan atau dia naik jabatan atau yang semisalnya, maka dia mengadakan semacam acara makan-makan. Apa hukum amalan ini?

Beliau menjawab, “Ini termasuk dari pesta-pesta yang mubah, maka boleh bagi seseorang untuk mengadakan acara ketika dia pindah ke rumah baru atau ketika dia

lulus -misalnya-. Yang jelas, jika pestanya diadakan karena adanya moment tertentu, maka tidak ada masalah.”


taken by: www.perjalansuci.com

::RUmAh bArU::

salam...

alhamdulillah sudah 3 malam bermalam di rumah baru...
ye... saya berpindh rumah..
kenapa?
biarlah rahsia..
huhuhu..
alhamdulillah dpt menjalani kehidupan yg lebih menyeronokkan dirumah baru..
baru dapat rasa nikmah kekeluargaan bersama2 ain dan anem :-)
xsempat nk update blog krn terlalu bz angkut barang pada setiap petang selama 2 hari di samping tugas2 harian disekolah yg sngt2 bnyak...
biasala kn...skolah baru buka..
byk la keje yg nk kena buat..
lg2 guru tingkatan satu..
byk benda la nk uruskan budak baru ni kan...

berbalik kpd cerita rumah baru...
walaupun umah skrg sedikit kecil berbanding umah dalu..
tp alhamdulillah sngt2 selesa dan bersih...
i likeee....
xguna klu umah besar tp xbersih kn?
biar kecil asal bersih, selesa dan tenang...
alhamdulillah...

dh gtau kt mak..
mak sngt2 restu ku berpindah...
alhamdulillah..
pas ni br leh bawa keluarga datang kesini...
xde rasa segan lg... ;-)
alhamdulillah..
smua kemudahan disini disediakan..
tv, mesin basuh, peti sejuk, katil dll...
boleh la sy msk slalu..
xperlu naik turun tngga la berbnding dulu...
xperlu memerap lam bilik lg berbnding dulu..
xde lg istilah menyampah...
huhuhu...

neway...
setinggi2 kesyukuran ku pnjatkn kpd Allah swt atas pemberian nikmat ni..
smg Allah mengekalkn ukhwah di antara kami smua...
dan semoga Allah memberkati kita smua..
amin...

::~ukhwah fillah abadan abada~ ::

Tuesday, January 4, 2011

Kembali BERNYAWA :-)

salam...
setelah koma bukan setakat sehari dua malah berbulan2..kini blog aku kmbali bernafas...alhamdulillah..

pejam celik pejam celik dh masuk tahun baru...
maka bertambahlah juga usiaku dan juga usia makhluk2 yg lain...
aku rasa belum terlambat aku nk ucapkan selamat tahun baru masihi...
bgi aku smbut tahun masihi xbermakna sbb dh smbut tahun hijriah iaitu pada 1 muharam bersama family dikg..dan disitulah bermulanya azam tahun baruku...

alhamdulillah masih diberi 2 nikmat yg besar iaitu iman dan islam...
dimana jika tiada kedua2 maka xtau la apa yg terjadi pd diri kita...

arini dh masuk ari ke-2 disekolah..
alhamdulillah masih diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan demi mendidik ank bgsa...
demi agama. bgsa & negara...disamping tugas2 yg memeningkan...
namun tiada sabarang keluhan yg perlu dikeluarkan jika mengharapan pembalasan dariNya...
smuanya dimulakan dgn NIAT...
alhamdulillah...

Tugas dan Tanggungjawab Guru Sesi 2011:
1. Guru Tingkatan 1Cekap
2. Guru Pusat Akses & Makml Komputer
3. Guru Biasiswa & Bantuan
4. Guru Penasihat Persatuan Puteri Islam
5. Guru Penasihat Bola Jaring
6.Ketua Guru Rumah Niah
7. Juru Audit DaLAMAN Koperasi Sekolah

semoga segala amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dgn penuh jujur, amanah dan istiqamah..
insyaAllah...amin..

semoga tahun 1432 Hijrah ini membuka satu lembaran baru dan mematangkan diri ini..
semoga apa yg dirancang & segala urusan dipermudahkan olehNYA...amin..

wamakaru...wamakarallah...wallahukhoiro maakiriin...



wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...