Wednesday, September 17, 2008

Ihya Ramadhan 1429H

Sepanjang bulan Ramadhan kali ini, Exco LPS Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba telah menganjurkan pelbagai program sempena bulan yang penuh barakah ini. Kepada penghuni kolej marilah kita sama2 merebut peluang sementara stok umur masih ade.


Tarikh:14 Sept 2008
Program :Mesti Tonton Ramadhan Special (Perjalanan Menuju Syurga)
Tempat:Foyer KAB
Masa : Slps tarawikh

Tarikh:17 Sept 2008
Program :Majlis Berbuka Puasa Perdana

Tempat:Surau Al-Falah
Masa : 7.00 pm

Tarikh:17 Sept 2008
Program :Forum sempena Nuzul Al-Quran
Tempat:Surau Al-Falah
Masa : Slps Tarawikh


Tarikh:20Sept 2008
Program :Qiamulai & Sahur Perdana
Tempat:Surau Al-Falah
Masa : 4.00 am


Tarikh:23 Sept 2008
Program :Majlis Khatam Al-Quran
Tempat:Surau Al-Falah
Masa : Slps Tarawikh


Tarikh:Setiap malam
Program :Tadarus Al-Quran,Iftar & Moreh
Tempat:Surau Al-Falah

Marilah kita sama-sama mengimarahkan rumah Allah dan sama-samalah kita jayakan program tersebut. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya..amin.

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Tuesday, September 16, 2008

~3 cahaya di hari kiamat~

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?

Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

SEMANGAT!!!

saye da dapat semangat baru!
baru pas call mak.
lepas besembang2, begelak2, menangeh2, mengadu, mendengo cite, sedo2 nak dekat
sejam begayut.ehehe........lega!
jadik,saye perlu bersemangat!

mak cakap:
’Saya kena bnyk b’sabar..'
'kene la hadapi dengan tabah..;
'jangan mengeluh...'
'bedoa banyak2.
mak sentiase doakan'
'kuatkan semangat.' memang la susah....'

and banyak lagik....hihihi..
sian mak, da la tgh risau pasal adek yg selalu demam tiap kali nk exam..
pastuh anak die yg sorg nih pon cube untuk menambahkan lagik kerisauan. erk! xpatotnyeee....
bia la nak bemanje ngan mak, bleh kan???...ehehe......
dan kemudian,call lak kakak.
stelah tade kabo bite dari beliau.
windu pon nak sembang and begelak ketawe besame.ehehe..
then, becrite segale masalah.
dan skarang. die semaken ohkaaay...
hope so.
tabah kakak yek! =)

Monday, September 15, 2008

<< Mood x okay..>>

Arini entah knp tiba2 je mood sy dirosakkan…smlm dh jnji nk bgn pagi ni dlm keadaan ceria…tp semakin teruk mood pg ni…kul 9 sy ade tutorial monetary…antara 2 samada nk g or x g class...lps sahur mmg sy xpernh tdo…after kemas bilik, solat subuh, mengaji then iron baju..sy duk termenung pnjg..entah ape yg sy fikirkan…serabut!..

I received a text msg from someone this morning:


Kwn sy : assalamualaikum..morning..
apa kabo? xde class ke pg ni?

Saya : wslm..morning..kurang okay…class kul 9..
tu pn tutorial..1 jam je
cm xde mood je nk g..nk ponteng aci x?


Kwn sy : xleh ponteng2 kn g class gk..ilmu kn cari
bkn ia dtg sndiri..xdpt byk..sikit pn jd la..
awk kn rjin orgnya..xleh mls2..ingt mtlmt awk pe..

Saya : skrg smkn mls..xtau kn..plz help me..
give me some motivation =(
wht happen wth me ???

Kwn sy : ni dh b’siap lum? Klu dh g la class...
kjp je kn ? 1 jam je..nt klu x g rasa rugi plk..
awk bukan mls ni tp mesti ade sumthing wrong ni...homesick kot...

Saya : mmg mls pn..klu rindu kt kg pn kn la ingt pesan mak..ni x ..
dh dkt kul 9 ni..xnk g class la..klu msuk klas lmbt nt mencapap plk….

Kwn sy :ooo…sy xreti nk nasihat2 ni..tp awk fikirlah yg mn t’baik
utk awk..jgn terlalu ikut kata hati..awk fikir baik2 then decide…

Saya : k la dh decide..nk g class..xkisah la lmbt pn..
doakan sy jd budak rajin ye..enth la knp jd cmni..sy g class dulu..
assalamualaikum...

Kwn sy : ok cmtu la..take care.. blaja rajin2..sy slalu doakan awk jd rajin..
mayb arini je awk xde mood..lain2 ari awk mmg rajin kn??
K..bubbye..w’slm..


Alhamdulillah dpt sedikit kekuatan utk g ke klas..klu kwn sy x msg mmg sy x kn g class arini…mekasih awk..akhirnya sy g class jgk..

Sunday, September 14, 2008

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar


Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).

Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).
Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.

Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?
Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.

Puasa Yang Berkesan Untuk Kesihatan

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:


(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Thursday, September 11, 2008

++untitled++

Salam,

Alhamdulillah slmt smpai ke tg malim smlm tepat pukul 7 pm. Sket lg nk berbuka. Terima kasih naimah kerana belikan lauk untuk sy.

Ari sabtu yang lalu sy telah pulang ke umah abg sy kt johor. Around 4.30pm sy smpai di kulai dan org yang menjemput sy adalah abg sy sendiri dan ank2 sedara sy.. then, abg sya bw sy shopping kt Giant…shopping2 sket then terus blk..on da way nk blk singgah bazar jap...smpai umh around 7.05pm. juadah berbuka dh disediakan oleh kakak ipar sy.huh..lauk mmg best2 aritu...ni yang best blk ni..hehehe..then ikut abg solat kt masjid...alhamdulillah masa masuk je dlm masjid ni..ramai sngt org...masjid tu besar jugak la..masa nk turun dr kereta tu abg dh bgtau siap2 kt cni buat 20 rakaat..mmg sngt ramai org...tp selawat kt cni lain sket..xpe la..yg pntg sy dpt bljar byk benda... blk umh tgk tv bersama smbil sembang2 bersama.


It’s Sunday..so abg sy x keje arini..abg sy bw kami shopping raya..hehe..mmg seronok walaupun agak penat..blk solat, masak-masak, tolong kak long sket apa yg patut.. solat berjemaah kt umah bersama, tadarus and tazkirah yang di smpaikn oleh abg sy sendiri. Then kami tgk tv bersama..


Bnyak bende yg sy dpt belajar sepanjang sy tinggal di umh abg sy..sy relate kn dengan apa yg sy belajar..tntg psikologi dan bermacam2 lagi…satu lagi sy sangt kagum dengan kakak ipar sy yang sy panggil die kak long. Kak long sy seorg yang pndai membahagikan masa..dulunya die seorg guru tp skrg die seorg suri rumah..heran jugak kami masa mula2 die buat keputusan nk berhenti…bila tnya beliau..die ckp ade hikmahnya…skrg br sy nmpak hikmahnya..die bukan xde pendidikan…blk dr Egypt…pelajar al-azhar..bljr tinggi2…mmg la jd buah mulut org..tp die ade pendirian die sendiri..die ade matlamat die sendiri..die ade prinsip die sndiri..abg sy pun faham dengan die…dr pndangan sy die mmg isteri solehah, ibu mithali..sy sngt kagum die..dan dr die la sy bljr bnyak benda.. abg sy mmg bertuah dpt isteri cm kak long..pandai masak..pandai menjahit..pandai dlm segala hal..skarang beliau dikurniakan 5 cahaya mata..4 lelaki dan seorg pempuan..
Klu nk crite kn pasal kak long mmg pnjg…die juga qudwah bg saya..Thankful Allah kurniakan sy kakak ipar seperti die…

Abg sy plak…bg sy die mmg seorg suami yg soleh..tanggungjawab die mmg besar..tanggung jawab seorg suami, tanggungjawab seorg ayah, tanggungjawab seorg pengurus, tanggungjawab seorang anak, tanggumgjawag seorg abg..dan tanggung jawab die seorg muslim x pernah die abaikan..abg sy jugak pandai membhagikan masa..time subuh g masjid, blk kadang2 die iron bj die sndiri klu die tgk isteri sibuk..pagi2 g hanta ank2 sekolah, then terus g keje..malam2 solat jemaah kt masjid..kadang2 solat berjemaah dengan isteri..k.long selalu crite pasal abg kt sy..abg x seperti lelaki lain..abg sng memahami..ptg2 di bw isteri jln2..sbb die tahu isteri die penat buat keje2 umah…klu abg tegur apa2 kt k.long..k.long mesti ckp syuran ya habibati…habibi..tu la panggillan abg kt k.long…malam die tolong isteri die lipat kain...sy sndiri pernah tgk die masak untuk isteri die time isteri die x sht…kadang2 die masak sama2..die x harapkan semua keje umh isteri die buat sorg2..die akan membantu…mcm tu jgk soal didik ank..die mmg betul2 didik ank2 mereka mengikut islam…disuruh solat, mengaji..dan lain2…” ya sy abah..ya sy ummi…” tu la sahutan yg diterima lah klu nama ank2nya dipanggil…

Sy sndiri pn tahu perangai abg sy.die lah satu2nya abg sy dan satu2nya ank lelaki mak dan ayah..mak ckp mak xpernah ssh jaga die walaupun die ank lelaki..kami hanya ade 4 beradik..die lah qudwah bg adik2 yg lain..mmg die la qudwah hasanah bg kami smua.. sy msk U pun die yg hntr sy..lptop sy, laptop adik sy die yg belikan..die x pernah berkira..time die bljr dulu pn..ade je die bw blk apa2 untuk kami..smpai sy bljr skrg pun die bnyak tanggung sy…syukran ya akhi…acik syg sngt kt abg..dan acik sngt bertuah dikurniakan abg seperti abg…alhamdulillah…


Smlm abg sy hntr sy ke pudu..kebetulan beliau ade kursus kt KL. Mula2 abg sy xharap sy blk sorg ke tg malim..beliau nk hntrkan sy...tp sy kesian kt abg sy..sy takut die penat..”xpe acik dh biasa…masa ni la nk berdikari”..sy meyakinkan die…akhirnya die lepas...die belikan tiket..hantar sy smpai naik bus..dan tggu sy smpai bus bergerak…sngt terharu tgk abg sy…

Sepanjang perjalanan banyak benda jgk yg kami bincangkan…psl keluarga, adik beradik, saudara mara dan bnyk lagi la...dlm duk2 crite ade satu bab tu psl kasih syg dan cinta... arghh ni yg membimbangkan sy ni ..dh agak dh..abg tnya sy..”acik dh ade calon ke?” “hah calon???.. mana ade bang”…”hmm abg bimbang adik abg bercinta sebelum kawin…acik xyah la pikir soal cinta time belajar…time belajar..belajar la...Allah dh tentukan jodoh untuk kita...acik doa la smg dipertemukan jodoh yg baik..suami yg soleh..” terdiam sy sebentar…speechless…mmg itu la yg sy harapkan… abg dan kakak sy sendiri pun bercinta after kawin..boleh je bahgia..kita janganingat kebahagian keluarga itu terletak pada cinta.... Kebahagiaan itu terletak di tangan ALLAH....macam mana nak bina keluarga bahagia jika asasnye pun dah melakukan perkara yang dimurkai ALLAH. Bercinta lepas kawin itu yg dihalalkan…sepanjang perjalanan pulang bnyak benda yg sy dpt..kata2 peransang dr abg sy..nasihat…tips2… sy sngt sygkn abg saya! (t’emosional la plk :p)

smlm 10 september merupakan ulangtahun perkahwinan abg sy..epi anniversary buat abg n k.long..acik doakan semoga abg sekeluarga dilindungi Allah dan mendapat keberkatan di dunia dan akhir..fi amanillah…selamat berbahagia =)

Mggu depan sy nk g bercuti kt cameron highland..smlm abg sy bg sy 4 tiket penginapan di Equatorial Cameron Hingland. Sy tgh kumpul kwn2 sy tuk bercuti bersama..doakan sy selamat pergi dan slmt kembali ye…

Wassalam.

Wednesday, September 3, 2008

++::today::++

Pagi
It’s Wednesday. as usual, pergi class monetary (9-11 am).sngt seronok bljr arini- b’main ngn curve- bond curve and loanable fund curve.then g faculty. ambik registration course slip.terserempak ngn seseorg.sembg jap-lama x jumpa kebetulan tujuan yg sama- fuh 27 jam kredit. Terkezut bila tgk slip beliau.. sy bg slip sy kt die..wah bahgianya- 12 jam kredit je…hehehe…jgn jeles..dh sem 7 dh..ptg nt taklimat praktikum…beliau gelak je..dh tau dh tgk wajah beliau mmg tgh jeles..hihi..then pulang ke rumah-tetiba je skt kepala-tidow till 2pm. Bgn- online kursus 4 the next sem-UPR40110 Praktikum -solat-Bersiap utk ke kmpus-tklimat prktikum 3pm.

Petang
Taklimat praktikum
Tempat: foyer makmal pentagon
Masa : 3 pm



Smpai sn cuak giler..mana x nya nk pilih sekolah.huh sngt bermasalah.negeri yg dibuka hanyalah perak, negeri sembilan, selangor dan pahang (tu pun last2 minit pahang ditutup) cm main saham je buka tutup buku tutup..huhuhu...dh lah skolah yang dibuka tu x kenal..ssh betul..ms nk pilih tu mcm2 yang berlegar dikepala ni..mcm2 pikir..bkn sng nk pilih tmpat praktikum..lain la blh pilih negeri sndiri...tp alhamdulillah akhirnya sy pilih negeri perak.bukan dekat pun dgn kg sy. Alhamdulillah sek yg saya pilih tu adalah sek lama kwn sy dan die juga sudi bantu sy dalam pencarian rumah sewa..hehe..mekasih awk..

Slps selesainya sesi taklimat dan pendaftaran praktikum..kami decided utk ke bazar ramadhan..xla jauh sngt..keluar je kot pintu utama tu...pentagon pun dh dkt ngn pintu utama...time g tu ok lagi..time nk blk dh berasak2...huh...smpat jg membeli..then terus dptkn bus blk kolej..tp..ms dlm perjlnan pulang menuju ke b.stop(still dlm kampus) smpat lagi bergambar...korang ni mmg suka bergambar..hehehe...


Malam
Skrg sy nk study..walaupun esok xde class tp esok sy dh arrange xtvt sy tersendiri..ari jumaat ni sy test.sy sngt bnyk keje.ari jumaat juga sy perlu hantar kuiz ip.dan ari jumaat juga sya ade midterm for internet programming..pagi jumaat pula sy ade lab IP. Asignment lab ip pn sy lum buat lg..sngt kemalasan...ape nk jadi ngn sy ni???? Plz help me...give me some motivation..wawawawa...
Stop. C u next time till my asgmnt for ip is finish. ;)

Monday, September 1, 2008

::..Ramadhan pesta kebajikan kepada muslim..::


RASULULLAH SAW sentiasa bersedia untuk menyambut ketibaan Ramadan dan sekali gus merangsang sahabatnya dengan menegaskan bahawa padanya terbuka segala pintu kebajikan.


Apabila masuk saja Rejab, Baginda berdoa maksudnya: "Ya Allah, berkatilah kami pada Rejab dan sampaikanlah kami ke Ramadan".


Baginda banyak berpuasa pada Syaaban serta mempersiapkan sahabatnya untuk berpuasa Ramadan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:" Barang siapa yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.


"Begitu juga Baginda memberi motivasi kepada sahabat agarmendirikan solat sunat malam dengan sabdanya bermaksud:"Barang siapa yang bangun (solat malam) pada Ramadan dengan penuh keimanan dan harapan memperolehi keredaan Allah,nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."


Ramadan adalah pesta kebajikan yang dianjur oleh Allah kepada hamba-Nya supaya membekalkan diri mereka sekadar kemampuan. Sesungguhnya antara pesta kebajikan terbesar adalah bulan ini, Ramadan al-Mubarak. Sebenarnya, bagi dunia ada peniaganya,begitu juga akhirat ada peniaganya. Peniaga dunia sentiasa menunggu peluang dan masanya supaya dapat memperolehi keuntungan, demikian juga bagi peniaga akhirat menunggu-nunggu masanya untuk mendapat untung.Keuntungan peniaga dunia tidak sama dengan untungnya peniaga akhirat kerana peniaga akhirat untungnya keampunan Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai.


seperti disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:"... lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat,dan (daripada) membayarkan zakat. Mereka takut kepada satu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." (Surah al-Nur, ayat 37)


Ramadan akan datang setiap tahun sebagai peluang bagi Muslim supaya menambah semaksimum mungkin kebajikandan sebaliknya mengurangkan unsur kejahatan. Kebajikan terbuka luas pintunya, syurga terbuka pintunya,neraka tertutup rapat pintunya, syaitan dirantai dan digari.


Ini menunjukkan bahawa segala unsur kebaikan terbuka luas dan unsur kejahatan Amat sedikit dan terbatas.Alangkah bahagianya mereka yang dapat mengambil peluang ini,sabda Rasulullah SAW bermaksud: "


Apabila datang Ramadan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci pintu-pintu neraka dan digari syaitan-syaitan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Seorang Muslim pada Ramadan berpeluang mempertingkatkan kedudukannya dan membersihkan dirinya. Allah memberi peluang kepada kita agar membersihkan diri secara harian melalui solat lima waktu, seperti sabda NabiSAW bermaksud: " Tidakkah kamu fikir sekiranya di pintu rumah seseorang kamu ada sebatang sungai yang boleh dia mandi di situ setiap hari lima kali, adakah masih ada kotoranpadanya.Demikianlah Nabi bertanya kepada sahabatnya,Mereka menjawab: Tentu tiada sedikit pun lagi kotoran. Katanya: Demikian perbandingan dengan solat lima waktu itu Allah menghapuskan dosa kesalahan.” (Hadis muttafaq alaih)


Kemudian tiba pula peluang mingguan pada Jumaat,kemudian sampai pula peluang tahunan pada Ramadan dengan ibadah puasa dan solat malam. Sabda Nabi SAW bermaksud: "Solat lima waktu, dan di antara Jumaat ke Jumaat, di antara Ramadan ke Ramadan, dihapuskan dosa di antara semua itu selagi tidak melakukan dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim).


Penulis ialah pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Hadis,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...